
Saya bukan Melayu.
Saya bermata sepet dan berkulit kuning langsat. Hidung saya tidak muncung dan rambut saya tidak kerinting. Seimbas lalu, saya sememangnya bukan Melayu.
Akan tetapi, saya berdarah merah sekiranya dihiris dengan sebilah keris – sama seperti seorang Melayu. Seperti seorang anak Melayu, minda saya tidak terkecuali dari segi cita-cita dan impian masa hadapan. Sewaktu saya remaja dahulu, saya tidak malu menyanyi lagu KRU dan membeli tiket menghadiri konsert mereka.
Jadi, penting sangatkah seandainya saya bukan Melayu di negara Malaysia?
Saya bukan Muslim.
Saya tidak membaca kitab suci Al-Quran atau bertanding dengan kesesakan lalu lintas untuk menghadiri sembahyang Jumaat. Saya tiada emosi yang berbara berhubungan isu Palestin dan tidak benci akan orang Yahudi.
Namun, saya percaya pada Tuhan maha penyayang dan kewujudan neraka dan syurga. Saya juga amat mengambil berat isu kemiskinan dan kesihatan golongan yang miskin tidak kira umat atau kafir.
Jadi, adakah relevan sekiranya saya bukan Muslim dalam sebuah negara di mana Islam adalah agama rasmi?
Saya bukan bumiputera atau putera bumi.
Saya bukan yang pertama ataupun yang dahulu sampai di Gugusan Kepulauan Melayu. Salasilah keluarga saya juga tidak akan mendedahkan sebarang akar umbi yang mendalam di Tanah Melayu.
Kendatipun begitu, saya dilahirkan di sini dan begitu juga datuk dan nenek saya. Saya menganggap negara Malaysia sebagai tanah tumpahnya darah saya. Sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai pegawai perubatan bawah Kementerian Kesihatan Malaysia, saya telah berusaha dengan ikhlas untuk melayan setiap warga Malaysia dengan adil dan saksama.
Jadi, adakah munasabah segala persengketaan ini pasal ketuanan sesuatu kaum tertentu?
Saya bukan keturunan kerabat diraja.
Saya tidak dilahir dan dibesarkan dengan bahasa istana dan istilah istimewa yang berbunga-bunga. Saya tiada keris sakti di pinggul saya ataupun gelaran kehormat yang berlebar-lebar. Saya juga tidak kekebalan tomahan rakyat mahupun undang-undang kebangsaan.
Keluarga saya hanya rakyat biasa yang berkerja keras mencari sesuap makan dan dalam proses itu, menyumbang secara kecil-kecilan kepada ekonomi tanah air. Kami sekeluarga hanya inginkan kedamaian dan kelicinan dalam kehidupan seharian. Sejak kecil lagi, kami adik-beradik diingatkan setiap masa untuk beretika dalam segala urusan dan tindakan kami.
Jadi, jauhkah perbezaan kami keluarga biasa daripada keturunan diraja?
Read more!
Wednesday, April 22, 2009
Saya Bukan Melayu.
Monday, April 20, 2009
Bangkitlah Melayu!
Pada 15 April 2009, akhbar Utusan Malaysia dalam halaman utama telah menyeru rakyat Malaysia yang berbangsa Melayu untuk ‘bangkit dan bersatu dalam berhadapan dengan tuntutan kaum lain yang kini dilihat semakin keterlaluan’.
Sahabat sekalian yang berbangsa Melayu,
Bangkitlah daripada tidur lena anda selama 50 tahun kemerdekaan negara kita daripada jajahan British.
Nescaya selepas setengah abad bawah kepemimpinan UMNO, bangsa Melayu yang bijaksana mampu mengesan budaya penipuan dan omong-omong kosong kerajaan Barisan Nasional.
Sehingga bila negara Malaysia kita perlu berbau perkauman dalam semua aspek kehidupan kita sebagai rakyat biasa?
Rata-rata kita sebagai anak Malaysia sama ada Melayu, Cina, India atau Kadazandusunmurut adalah penyayang keamanan tanpa sebarang kepentingan politik.
Tanpa mengira warna kulit mahupun kepercayaan agama, kebanyakan kita sebagai rakyat biasa hanya berhasrat untuk membina keluarga masing-masing supaya anak-anak kita menjadi individu yang berakhlak dan berguna di dunia ini kelak.
Tiada sebarang kaum yang tengah berkomplot untuk menindas mana-mana komuniti yang lain.
Pendek kata, ahli-ahli politik Barisan Nasional yang diketuai UMNO telah mengeksploitasikan paranoia golongan Melayu untuk kepentingan diri dan kroni masing-masing.
Sampai bilakah warga Melayu rela dijerat dalam ugutan palsu ciptaan politikus hipokrit Barisan Nasional?
Daripada tanah air yang berpotensi dan kaya dengan sumber semula jadi dan bekalan tenaga manusia berbilang kaum yang berkaliber, negara Malaysia kini semakin tercemar dan tandus.
Negara Malaysia tercemar bukan hanya alam persekitaran fizikalnya malah dari segi kemasyarakatan di mana jenayah ganas semakin berleluasa dan gejala sosial semakin di luar kawalan.
Ibu pertiwi kita ketandusan bukan sahaja dari segi penyalahgunaan wang rakyat dan pembaziran sumber bumi tetapi juga dalam bentuk ‘brain drain’.
Sejak Mei 13 1969, Malaysia dianggarkan telah kehilangan sebanyak dua juta tenaga professional dan intelektual daripada semua kaum kepada negara asing di seberang Selat Tebrau.
Anak-anak Malaysia yang telah berhijrah ini tidak sama sekali patut dituduh sebagai penderhaka negara yang tiada semangat kenegaraan dan jati diri.
Sebagai pengerusi Pemuda UMNO pada tahun 1987, Perdana Menteri Najib Razak telah menyeru ahli-ahli UMNO untuk membasahkan keris dengan darah Cina.
Budaya mengugut dan melancarkan keganasan atas masyarakat minoriti Malaysia ini kian menjadi tradisi UMNO.
Pada tahun 2004-2005, perwakilan di perhimpunan agung tahunan UMNO telah berikrar untuk menonjolkan kewiraan Melayu jati dan bermandi darah menentang masyarakat bukan Melayu.
Kempen menabur perasaan benci dan curiga terhadap masyrakat bukan Melayu semakin hangat semenjak pilihan raya Mac 2008. Parti UMNO kerap kali menyebarkan desas-desus yang tidak berasas dengan tujuan UMNO akan sekali lagi menerima sokongan pengundi Melayu.
Warga Melayu Muslim yang ikhlas dan berpegang teguh kepada ajaran agama perlu bersatu, bangkit dan menolak ketagihan keganasan yang semakin menular dalam parti yang memperlihatkan dirinya sebagai penyelamat ugama, bangsa dan negara.
Sebab mengapakah masyarakat Melayu Malaysia terus bergantung pada Dasar Ekonomi Baru (DEB) apabila bangsa Melayu secara semula jadi adalah bangsa yang gagah dan berbakat yang lebih daripada mampu untuk berjuang di persada antarabangsa?
Sejak 1970, DEB bukan sahaja gagal membanteras kemiskinan di negara kita tanpa mengira kaum malah telah meluaskan lagi jurang pendapatan dalam setiap komuniti masing-masing.
Melayu yang kaya dan berkepentingan politik dalam UMNO semakin berada dengan kontrak and tender lumayan manakala Melayu yang miskin semakin terdesak dalam kehidupan harian.
Cina yang berharta dengan talian MCA semakin meluas monopoli mereka sementara Cina yang berkeperluan terus dinafikan peluang walaupun hanya untuk menjadi empunya tanah kecil yang didiami bertahun-tahun di kampung-kampung baru tersusun.
Masyarakat bumiputera Sabah yang papa sejak turun temurun terus tertinggal dalam alaf baru tanpa akses kepada perkhidmatan kesihatan manakala ahli politik yang bernama Pairin dan Ongkili berjuang sesama diri untuk diberikan kuasa dan kedudukan yang lebih.
Sememangnya, DEB bukan sahaja gagal menjadi pemangkin mobiliti golongan miskin malah menjadi batu penghalang kepada pencapaian dan keupayaan Melayu sejagat.
Tanpa pertandingan terbuka yang sihat dan adil, anak-anak Melayu dari segenap lapisan masyarakat sama ada pelajar sekolah mahupun professor universiti semakin leka sebagai jaguh kampung tanpa sebarang motivasi dan tekanan untuk mencabar wilayah selain Tanah Melayu.
Seruan untuk membubarkan DEB daripada pelbagai pihak bukanlah untuk merencatkan pembangunan masyarakat Melayu sebaliknya menyediakan komuniti ini untuk menghadapi dunia pasca moden yang tiada sempadan.
Pembaziran aset nasional oleh perompak Barisan Nasional atas nama Dasar Ekonomi Baru ini tidak boleh berlanjutan lagi.
Ibu pertiwi kita bukanlah lombong minyak yang tidak terhad.
Sedarkah Melayu sekalian identiti Melayu bumiputera semakin dicabuli oleh opportunis yang hanya bergelar Melayu semata-mata kerana mereka mengidamkan hak-hak istimewa bumiputera?
Kaum India-Muslim mamak seperti menteri besar palsu Perak, Mohd Zambry Abdul Kadeer dan bekas Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad bukan saja berlambak-lambak di dalam parti UMNO malah menerajui kedudukan yang berkuasa di peringkat negara.
Dalam keghairahan untuk terus berkuasa dan memperkaya diri dan kroni, UMNO tidak ragu-ragu menggadaikan identiti Melayu sejati.
Dari Selangor ke Sabah, warga Indonesia, Filipina dan Pakistan dikurniakan kad pengenalan Malaysia dan seterusnya mengisytiharkan diri masing-masing sebagai bumiputera Melayu pada hal mereka hanya berminat untuk menerima ‘hak-hak istimewa’ yang terkandung dalam Dasar Ekonomi Baru.
Saudara-saudari yang berbangsa Melayu,
Bangkitlah engkau untuk menentang mereka yang mencuri dan memperbodoh identiti Melayu dan bukan mereka yang berganding bahu untuk membangunkan ibu pertiwi kita.
Bangkitlah anda semua untuk mengusir mereka yang menyamar sebagai penyelamat umat Islam tetapi mengamalkan budaya dan aksi keganasan yang bertentangan dengan agama Islam.
Bangkitlah bersama-sama mereka yang meskipun kafir dan bukan bumiputera Melayu tetapi sayang akan negara Malaysia kita dan menggembleng tenaga untuk mewujudkan suatu negara Malaysia yang benar-benar adil, makmur dan saksama.
Seperti mana Tok Guru Nik Aziz Nik Mat berkata, “Kita semua adalah anak Adam”.
Sekian.
Read more!
Wednesday, April 15, 2009
Ukrainian CPR, Russian Life Support and the Boris Yeltsin Classification of Heart Failure IV: Pak Abu Dies

Pak Abu passed on today.
Take a guess why.
It’s all in the ABCs of basic resuscitation.
Someone did not ask for senior assistance when Pak Abu went into distress.
Someone forgot to clear the bloody secretions.
Someone did cardiopulmonary resuscitation on her own without addressing the ‘P’ of CPR.
Pak Abu survived open heart surgery.
Pak Abu pulled through a major abdominal surgery.
Pak Abu cheated death twice, the second time just barely.
Pak Abu worked hard his entire life to send his eldest son to study medicine in Monash, Australia.
His son will now graduate without a father by his side on graduation day.
Pak Abu was a great man in his own right but not great enough to survive that someone from CSMU.
That someone could have called for help but she didn’t.
Perhaps that is why there would be a funeral for Pak Abu tomorrow.
Rest in peace, Pak Abu.
See you at the crossroads.
Epilogue:
To my dear readers from the Russian and Ukrainian medical schools, this short article would have served its purpose if you are outraged after reading it. May your anger and rage be translated into a greater determination for self improvement as opposed to running down the critics and skeptics around you. I am speaking to myself as I write so.
God bless.
Read more!