
Kepada anak watan Negeri Di Bawah Bayu,
Apabila jam melimpasi pukul 12 malam ini, negeri Sabah akan meraikan Hari Malaysia yang ke-46 sempena penyertaan Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan negara persekutuan bernama Malaysia.
Persoalaan saya kepada anda sekalian, patutkah penduduk Sabah merayakan ulang tahun acara tesebut?
Seperti mana yang saya difahamkan, Sabah dan Sarawak tidak menyertai sebuah kerajaan yang sedia wujud.
Dalam ’20 Point Agreement’ yang disediakan menjelang September 16, 1963, Sabah bukanlah semata-mata sebuah daripada 14 negeri dalam Malaysia malah bersama-sama Sarawak, Singapura dan Semenanjung Malaya, Sabah merupakan sebahagian daripada empat tonggak yang membentuk negara Malaysia.
Oleh itu, Sabah telah dijanjikan kuasa autonomi dalam pelbagai aspek.
Antaranya termasuklah pentadbiran dalam isu-isu kewarganegaraan, imigresen, pendidikan, kewangan, sumber-sumber asas, kerajaan tempatan dan perkhidmatan awam.
Cuba fikirlah anak Sabah sekalian.
Adakah kerajaan persekutuan UMNO/Barisan Nasional memenuhi janji-janji yang terkandung dalam persetujuan 20 Point Agreement tersebut?
Adakah Sabah merdeka dan berkuasa muktmad dalam isu-isu kewarganegaraan?
Lihatkah sekeliling Sabah dan hayatilah dengan mata sendiri kesan-kesan Projek IC yang dilancarkan Mahathir Mohammad.
Tidaklah saudara marah dan terkilan melihat mereka yang berbangsa Filipina, Indonesia dan Pakistan menerima kewarganegaraan dan bersama-samanya hak-hak istimewa bumiputera Sabah?
Pelancong asing dari sepelosok dunia melawat Sabah dan terpikat dengan keindahan Gunung Kinabalu dan kepelbagaian flora dan fauna laut Pulan Sipadan.
Mereka ini cukup kagum dengan pembangunan yang pesat di sekitar Kota Kinabalu di mana hotel-hotel berbintang lima berbaris di seluruh kota raya.
Akan tetapi, berapa banyakkah anak Sabah yang berpeluang untuk menikmati pembangunan dan keistimewaan semula jadi negeri mereka sendiri?
Kos yang diperlukan untuk memanjat Gunung Kinabalu ataupun menyelam di Pulau Sipadan kini melonjat sehingga satu tahap yang di luar kemampuan kebanyakan penduduk Sabah.
Banggakah sekalian semua akan hakikat ini?
Kekayaan negeri Sabah kini dinikmati croni-croni UMNO/BN serta orang asing yang berada.
Pemuda-pemudi Sabah pula terus meringkuk dalam kemiskinan malah masih banyak yang tidak berpendidikan dan berkahwin dalam umur belasan tahun.
Anak muda juga tidak berkemahiran dan kalaupun ada, sukar mencari peluang pekerjaan.
Adakah ini sesuatu pencapaian yang patut diraikan esok?
Sekolah-sekolah sekitar Sabah masih seperti zaman batu.
Banyak lagi yang tidak tidak dilengkapi kerusi meja, elektrik, air mahupun papan tulis dan tenaga pengajar.
Akibatnya, generasi Sabah yang akan datang akan tetap seperti moyang mereka yang jahil tanpa mobilti social.
Di manakah autonomi pendidikan yang dijanjikan pada September 16, 1963?
Kebodohan rakyat Sabah memilih UMNO sebagai kerajaan negeri berkali-kali telah secara tidak langsung mengetepikan anak Sabah sendiri.
Perkhidmatan awam negeri Sabah kini dikuasai mereka yang berbangsa istimewa dari seberang Laut Cina Selatan.
Pejabat-pejabat kerajaan sekitar Sabah kebanyakannya di bawah pentadbiran orang-orang Semenanjung yang tidak mengenali Sabah serta keperluan rakyatnya.
Ke mana pergikah pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang dipilih oleh para pengundi Sabah dalam pilihanraya demi pilihanraya?
Politikus ini sudah memperbodoh rakyat Sabah dan masing-masing meragut kesempatan untuk meningkatkan kekayaan dan harta sendiri!
Ke mana perginya sumber-sumber asas negeri Sabah yang berlambak-lambak sebelum ini?
Dari balak ke minyak dan ikan ke batu karang, kekayaan negeri Sabah telah dieksploitasi dengan melampau sekali.
Si bodoh seperti Bung Mokhtar dan Pandikar Amin tidak segan mempamerkan korupsi masing-masing manakala rakyat jelata tiada hospital umum untuk mendapatkan rawatan apabila sakit tenat.
Jadi, bangga lagikah pasal kesampaian tarikh Sept 16 esok?
Saya menyeru rakyat Sabah untuk tidak lagi menuduh pengundi hantu berbangsa Filipina.
Sememangnya, parti perkauman bergelar UMNO gemar menawarkan wang dan kad pengenalan untuk membeli undi-undi orang asing.
Namun, rakyat Sabah tidak lagi dapat menafikan peranan mereka dalam politik wang.
Sekiranya ‘Sabahan’ sekalian ingin terus terkongkong dalam korupsi parti buli bernama UMNO, silakan menyambut September 16 dengan bangga hati.
Silakan mengundi UMNO pada pilihan raya akan datang.