Saturday, March 5, 2011

Utusan Untuk Encik Roslan bin Abdul Shukor / A Message For Encik Roslan bin Abdul Shukor

“Kamu budak Cina dan India jangan sombong. Jangan ingat kamu hebat dan pandai sangat. Rekod jenayah polis – yang merompak, yang membunuh semuanya Cina, yang menculik, yang rampas kereta semuanya India. Melayu – satu pun tak ada. Kamu jangan fikir kamu punya agama bagus sangat, ini Tanah Melayu, ingat baik-baik.”

Wahai Encik Roslan bin Abdul Shukor,

Begitulah bunyinya kata-kata cikgu sewaktu saya di Tingkatan Satu.

Cikgu mungkin lupa memandangkan insiden tersebut sudah begitu lama.

Namun, saya tidak.

Saya ingat, saya ingat dengan jelas sekali.

Begitukah kelakuan dan pemikiran seorang guru disiplin sekolah kebangsaan?

Begitukah cara cikgu mendidik dan membimbing budak-budak mentah?

Pernahkah cikgu berfikir tentang kesan dan ekoran kata-kata kamu yang begitu menghasut dan penuh kebencian?

Sebenarnya dan sememangnya jelas sekali, kamu sebenarnya tidak berminat untuk memantapkan sifat berdisiplin dalam sanubari pelajar-pelajar kamu.

Kamu hanya berminat untuk mematuhi arahan tuan kamu iaitu Pemuda UMNO.

Kamu hanya bertujuan untuk memastikan kami yang berkaum bukan Melayu akan senantiasa akur pada konsep dan bohong Ketuanan Melayu.

Itulah sebabnya kamu begitu jelasnya berat sebelah dalam keputusan dan tindakan kamu.

Namun, kamu bodoh dan rabun jauh.

Minta maaf la sekiranya kata-kata saya kurang sopan tetapi kebenaran tetap kebenaran.

Kamu tidak pernah berfikir dan mempertimbangkan kemungkinan pelajar-pelajar bukan Melayu yang dulunya diracuni propaganda UMNO kamu akan kembali menghantui kamu sebagai doktor pakar perubatan dan pembedahan.

Ya, cikgu – saya bukan dalam kejahilan.

Cikgu Roslan yang dulunya begitu sombong dan penuh perkauman kini diserang pelbagai masalah kesihatan.

Saya juga sedia maklum bahawa Cikgu Roslan tidak lama lagi perlu menjalani rawatan dialysis.

Jangan bimbang cikgu yang tersayang, saya sebagai doktor tetap akan memberikan rawatan yang sewajarnya.

Saya hanya berharap, sewaktu kamu terpasang ke mesin dialysis untuk empat jam tiga kali seminggu, kamu imbas semula kata-kata kamu yang penuh kebencian dan insaf dengan seikhlas-ikhlasnya.

Sebagai penganut Kristian, satu agama yang pernah kamu caci dengan sewenang-wenangnya, saya memaafkan segala kesalahan kamu, termasuklah semua perkataan dan tindakan kamu yang penuh kebencian kepada kaum dan agama saya.

Walau bagaimanapun, ingin saya luahkan isi hati saya yang mungkin terpendam dalam minda rakan-rakan saya di Tingkatan Satu dulunya itu.

PADAN MUKA, ENCIK ROSLAN.

PADAN MUKA KAMU.

Yang Ikhlas,

P.O.T.S


Translation:


“You Chinese and Indians, don’t be so cocky. Don’t think you are so great and brilliant. Police records show – armed robberies and murders are all committed by Chinese, kidnapping dan hijacking are all by Indians. Malays, not even a single one. Don’t think your religion is so great – this is Tanah Melayu – remember that.”

Dear Encik Roslan bin Abdul Shukor,

Those were your words back when I was in Form One.

You may have forgotten them since they were so long ago.

I have not, however.

I remember them well, very well in fact.

Are those the appropriate words of a disciplinary master in a national school?

Is that the way to teach and guide innocent children?

Have you ever thought about the consequences of your hate-filled words of slander?

Actually it is clear and obvious even then, you were never interested to enforce discipline among us students.

You were only concerned about fulfilling the wishes and directives of your masters in UMNO Youth.

Your only intention was to ensure that us non-Malay kids would forever subscribe to the falsehood that is Malay Supremacy.

That is why you were always biased in your decisions and actions.

However, you were stupid and short-sighted.

I bid a casual sorry if my words are blunt but the truth needs to be told.

You never weighed the possibility that your previous non-Malay students previously poisoned by your hatred and racism would one day return to haunt you as physicians and surgeons.

Yes, indeed Encik Roslan – I am not in the dark.

Cikgu Roslan the previously arrogant and racist bastard is now afflicted with multiple health problems.

I am also aware that your kidneys are now failing to the extent that you will require dialysis soon.

Don’t you worry my beloved teacher – as an ethical doctor I will still offer you the appropriate treatment.

I hope that when you are connected to the dialysis machine for four hours three times a week, you will remember your hate-filled words of yesteryears and repent with sincerity.

As a Christian, a religion that you criticized at your whims and fancy, I forgive you for your wrongs – even those that were filled with hatred towards my ethnicity dan spiritual beliefs.

Nevertheless, allow me to express something which has been entrenched in my mind and those of my then Form One classmates.

SERVE YOU RIGHT, ENCIK ROSLAN.

SERVE YOU RIGHT.

Regards,

P.O.T.S Read more!