Monday, April 20, 2009

Bangkitlah Melayu!



Pada 15 April 2009, akhbar Utusan Malaysia dalam halaman utama telah menyeru rakyat Malaysia yang berbangsa Melayu untuk ‘bangkit dan bersatu dalam berhadapan dengan tuntutan kaum lain yang kini dilihat semakin keterlaluan’.

Sahabat sekalian yang berbangsa Melayu,

Bangkitlah daripada tidur lena anda selama 50 tahun kemerdekaan negara kita daripada jajahan British.

Nescaya selepas setengah abad bawah kepemimpinan UMNO, bangsa Melayu yang bijaksana mampu mengesan budaya penipuan dan omong-omong kosong kerajaan Barisan Nasional.

Sehingga bila negara Malaysia kita perlu berbau perkauman dalam semua aspek kehidupan kita sebagai rakyat biasa?

Rata-rata kita sebagai anak Malaysia sama ada Melayu, Cina, India atau Kadazandusunmurut adalah penyayang keamanan tanpa sebarang kepentingan politik.

Tanpa mengira warna kulit mahupun kepercayaan agama, kebanyakan kita sebagai rakyat biasa hanya berhasrat untuk membina keluarga masing-masing supaya anak-anak kita menjadi individu yang berakhlak dan berguna di dunia ini kelak.

Tiada sebarang kaum yang tengah berkomplot untuk menindas mana-mana komuniti yang lain.

Pendek kata, ahli-ahli politik Barisan Nasional yang diketuai UMNO telah mengeksploitasikan paranoia golongan Melayu untuk kepentingan diri dan kroni masing-masing.

Sampai bilakah warga Melayu rela dijerat dalam ugutan palsu ciptaan politikus hipokrit Barisan Nasional?

Daripada tanah air yang berpotensi dan kaya dengan sumber semula jadi dan bekalan tenaga manusia berbilang kaum yang berkaliber, negara Malaysia kini semakin tercemar dan tandus.

Negara Malaysia tercemar bukan hanya alam persekitaran fizikalnya malah dari segi kemasyarakatan di mana jenayah ganas semakin berleluasa dan gejala sosial semakin di luar kawalan.

Ibu pertiwi kita ketandusan bukan sahaja dari segi penyalahgunaan wang rakyat dan pembaziran sumber bumi tetapi juga dalam bentuk ‘brain drain’.

Sejak Mei 13 1969, Malaysia dianggarkan telah kehilangan sebanyak dua juta tenaga professional dan intelektual daripada semua kaum kepada negara asing di seberang Selat Tebrau.

Anak-anak Malaysia yang telah berhijrah ini tidak sama sekali patut dituduh sebagai penderhaka negara yang tiada semangat kenegaraan dan jati diri.

Sebagai pengerusi Pemuda UMNO pada tahun 1987, Perdana Menteri Najib Razak telah menyeru ahli-ahli UMNO untuk membasahkan keris dengan darah Cina.

Budaya mengugut dan melancarkan keganasan atas masyarakat minoriti Malaysia ini kian menjadi tradisi UMNO.

Pada tahun 2004-2005, perwakilan di perhimpunan agung tahunan UMNO telah berikrar untuk menonjolkan kewiraan Melayu jati dan bermandi darah menentang masyarakat bukan Melayu.

Kempen menabur perasaan benci dan curiga terhadap masyrakat bukan Melayu semakin hangat semenjak pilihan raya Mac 2008. Parti UMNO kerap kali menyebarkan desas-desus yang tidak berasas dengan tujuan UMNO akan sekali lagi menerima sokongan pengundi Melayu.

Warga Melayu Muslim yang ikhlas dan berpegang teguh kepada ajaran agama perlu bersatu, bangkit dan menolak ketagihan keganasan yang semakin menular dalam parti yang memperlihatkan dirinya sebagai penyelamat ugama, bangsa dan negara.

Sebab mengapakah masyarakat Melayu Malaysia terus bergantung pada Dasar Ekonomi Baru (DEB) apabila bangsa Melayu secara semula jadi adalah bangsa yang gagah dan berbakat yang lebih daripada mampu untuk berjuang di persada antarabangsa?

Sejak 1970, DEB bukan sahaja gagal membanteras kemiskinan di negara kita tanpa mengira kaum malah telah meluaskan lagi jurang pendapatan dalam setiap komuniti masing-masing.

Melayu yang kaya dan berkepentingan politik dalam UMNO semakin berada dengan kontrak and tender lumayan manakala Melayu yang miskin semakin terdesak dalam kehidupan harian.

Cina yang berharta dengan talian MCA semakin meluas monopoli mereka sementara Cina yang berkeperluan terus dinafikan peluang walaupun hanya untuk menjadi empunya tanah kecil yang didiami bertahun-tahun di kampung-kampung baru tersusun.

Masyarakat bumiputera Sabah yang papa sejak turun temurun terus tertinggal dalam alaf baru tanpa akses kepada perkhidmatan kesihatan manakala ahli politik yang bernama Pairin dan Ongkili berjuang sesama diri untuk diberikan kuasa dan kedudukan yang lebih.

Sememangnya, DEB bukan sahaja gagal menjadi pemangkin mobiliti golongan miskin malah menjadi batu penghalang kepada pencapaian dan keupayaan Melayu sejagat.

Tanpa pertandingan terbuka yang sihat dan adil, anak-anak Melayu dari segenap lapisan masyarakat sama ada pelajar sekolah mahupun professor universiti semakin leka sebagai jaguh kampung tanpa sebarang motivasi dan tekanan untuk mencabar wilayah selain Tanah Melayu.

Seruan untuk membubarkan DEB daripada pelbagai pihak bukanlah untuk merencatkan pembangunan masyarakat Melayu sebaliknya menyediakan komuniti ini untuk menghadapi dunia pasca moden yang tiada sempadan.

Pembaziran aset nasional oleh perompak Barisan Nasional atas nama Dasar Ekonomi Baru ini tidak boleh berlanjutan lagi.

Ibu pertiwi kita bukanlah lombong minyak yang tidak terhad.

Sedarkah Melayu sekalian identiti Melayu bumiputera semakin dicabuli oleh opportunis yang hanya bergelar Melayu semata-mata kerana mereka mengidamkan hak-hak istimewa bumiputera?

Kaum India-Muslim mamak seperti menteri besar palsu Perak, Mohd Zambry Abdul Kadeer dan bekas Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad bukan saja berlambak-lambak di dalam parti UMNO malah menerajui kedudukan yang berkuasa di peringkat negara.

Dalam keghairahan untuk terus berkuasa dan memperkaya diri dan kroni, UMNO tidak ragu-ragu menggadaikan identiti Melayu sejati.

Dari Selangor ke Sabah, warga Indonesia, Filipina dan Pakistan dikurniakan kad pengenalan Malaysia dan seterusnya mengisytiharkan diri masing-masing sebagai bumiputera Melayu pada hal mereka hanya berminat untuk menerima ‘hak-hak istimewa’ yang terkandung dalam Dasar Ekonomi Baru.

Saudara-saudari yang berbangsa Melayu,

Bangkitlah engkau untuk menentang mereka yang mencuri dan memperbodoh identiti Melayu dan bukan mereka yang berganding bahu untuk membangunkan ibu pertiwi kita.

Bangkitlah anda semua untuk mengusir mereka yang menyamar sebagai penyelamat umat Islam tetapi mengamalkan budaya dan aksi keganasan yang bertentangan dengan agama Islam.

Bangkitlah bersama-sama mereka yang meskipun kafir dan bukan bumiputera Melayu tetapi sayang akan negara Malaysia kita dan menggembleng tenaga untuk mewujudkan suatu negara Malaysia yang benar-benar adil, makmur dan saksama.

Seperti mana Tok Guru Nik Aziz Nik Mat berkata, “Kita semua adalah anak Adam”.

Sekian.

5 comments:

sojourner said...

wah...bahasa melayu kamu masih hebat lah...what's with the sudden inspiration to write a post in bahasa melayu?

Anonymous said...

ya.. ur bahasa melayu r the best.Much more better then "orang melayu" itself. Ur statement r absolutely correct!!.. NEP is benefited for the Political(Cronies) but not to the entire Bumi. Infact the majoring race should protect the minoring not the opposite.

But we minoring, r very hardworking, determine & preseverance tat makes us proud of our race. The whole world knows the majoring race in malaysia r like a frog under the coconut shell.

Gine said...

I really like the idea where it's the politicians who have been playing the racial cards all this while. The mak cik next door will always treat us kuih generously and sometimes the taxi driver(of different race) will give me 20cent discount to save the trouble fumbling for coins, it makes me wonder who the message of "Bangsa Malaysia" should we send to? The People or the very politicians who suggested it? Good one, POTS :)

Anonymous said...

Kenapa lu suka main itu sentimen olang Melayu, lu ingat you sudah banyak besarka!. Balu jadi loktor sudah mau berlagak. Lu olang ha, sudah banyak ek la. Jangan ikut lu punya pelasaan aje, kami juga ada pelasaan ba. Olang Melayu ada masalah sendili, you tak perlu masuk campur, jangan perli2 atau kasi olang malah. Itu lamai orang sakit, kasi tolong sama dia, bukan buat sibuk dengan olang Melayu. Macam mana you boleh lawat itu olang Melayu ha kalau ini macam punya hati. Banyak busuk punya hati, tak patut jadi doktor diMalaysia.

Unknown said...

Bangkitlah orang-orang Melayu daripada jajahan minda oleh UMNO dan Utusan Melayu.

Sebenarnya Malaysia belum lagi Merdeka. UMNO tiada bezanya daripada British, malah lebih teruk lagi. Sekurang-kurangnya, British hanya menjajah kaum-kaum lain. Sebaliknya, orang-orang Melayu sendiri pun mahu dijajah UMNO. Janganlah dipermainkan oleh UMNO dan Utusan Melayu. Mereka bukannya berminat untuk mempertahankan orang-orang Melayu tetapi kepentingan diri sendiri dan kroni-kroni mereka.

Orang-orang Melayu sering dipermainkan UMNO dengan laungan Ketuanan Melayu. Tanyalah diri anda, adakah anda memenuhi ciri-ciri seorang TUAN selepas 52 tahun Merdeka. Jika tidak, apakah sebabnya sedangkan UMNO sentiasa melaung-laungkan slogan mempertahankan Ketuanan Melayu. UMNO adalah parti politik paling besar dan kaya di Malaysia. Susah sangatkah untuk menjadikan Ketuanan Melayu satu realiti selepas 52 tahun??

Setahu saya, seseorang TUAN tidak memerlukan hak-hak istimewa seperti subsidi, biasiswa, kuota Amanah Saham, diskaun rumah dan kereta. Malah, hak-hak ini akan dengan murah hati dihadiahkan kepada yang bukan TUAN. Apakah logiknya jika seseorang TUAN masih memerlukan lebih banyak pertolongan untuk mempertahankan hak-haknya berbanding dengan yang bukan TUAN? Ketuanan Melayu akhirnya hanya suatu laungan walaupun diberikan masa tambahan 100 tahun, jika minda orang-orang Melayu terus diracuni UMNO dan Utusan Melayu.

Bagaimanakah UMNO telah menggelapkan duit rakyat yang dirizabkan untuk menjadikan setiap orang Melayu seorang TUAN, seterusnya mempertahankan Ketuanan Melayu? Disebabkan UMNO, orang-orang Melayu hari ini masih belum lagi memenuhi kriteria TUAN. Apakah gunanya sentiasa memegang keris disamping melaung-laungkan slogan Ketuanan Melayu? Adakah orang-orang Melayu masih mempercayai UMNO walaupun 52 tahun yang diberikan masih gagal merealisasikan Ketuanan Melayu??

Satu ciri Ketuanan Melayu yang masih ada pada orang-orang Melayu ialah kebolehan berfikir lain daripada dikehendaki oleh UMNO. Jikalau orang-orang Melayu masih mahu menjadi TUAN, UMNO dan Utusan Melayu mesti ditumpaskan. Jangan biarkan Ketuanan UMNO diutamakan daripada Ketuanan Melayu.

Bangkitlah Melayu!!!